Jumaat, 2 Oktober 2015

[173] Perkongsian Pengalaman dan Taklimat ARPRM Bersama SRM UMT

Satu sesi Perkongsian Pengalaman dan Taklimat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE) telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini adalah anjuran Sekretariat Rakan Muda (SRM) UMT pada Khamis, 1 Oktober 2015.



Perkongsian Pengalaman dan Taklimat ARPRM ini telah disampaikan oleh Mohd Firdaus bin Zainal Abidin. Beliau merupakan Mahasiswa Tahun 3 UMT yang juga merupakan Pemegang Emas ARPRM di bawah Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.



Selaku peserta ARPRM sejak 10 tahun dan ditauliah Emas baru - baru ini oleh Menteri Belia dan Sukan, Firdaus telah berkongsi pengalaman beliau dalam melaksanakan ARPRM bermula dari Tahap Gangsa, Perak hinggalah mencapai Anugerah Emas. Beliau juga telah memberikan penerangan serba ringkas mengenai ARPRM - DofE yang diadaptasi dari The Duke Of Edinburgh's International Award berpangkalan di London.


Pengalaman luas beliau dalam ARPRM juga dimanfaatkan agar lebih ramai lagi anak muda mengetahui program ini seterusnya menyertai dan mencapai tahap yang tertentu. Lebih - lebih lagi, mahasiswa universiti yang mempunyai potensi cukup besar bagi menyempurnakan program ARPRM.

Program ARPRM - DofE mensasarkan remaja berumur 14 - 24 tahun dan dinaungi oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...